Insaflah wahai Insan!

Tuesday, June 3, 2008

MARI BERZIKIR & BERDOA DENGAN PETUNJUK RASULULLAH

Sila baca dulu, sebelum downloads (memindah turun)...

as-Salaamu ‘alaikum…السلام عليكم ,

Alhamdulillah, akhir-nya saya berjaya membukukan (compile) semula beberapa risalah doa daripada al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah صلى الله عله وسلام. dalam bentuk format yang dikemaskini (pdf – acrobat files) agar lebih mudah dicapai dan dimanfaatkan.

Sekaligus, insyaALLAH dapat menjadi panduan buat kita semua dalam berdoa dan berzikir sehari-hari.

Lebih istimewa, kesemua doa-doa dan kalimah-kalimah zikir tersebut disertakan sekali dengan rujukan hadis-hadisnya. Dengan itu dapatlah diketahui sumber-sumbernya dengan jelas dan lebih meyakinkan untuk kita mengamalkannya.

Marilah kita berdoa dengan garis panduan yang betul dan menurut petunjuk Rasulullah صلى الله عله وسلام.

Jauhilah perbuatan beriqtiqad dengan doa-doa dan zikir-zikir yang tidak diketahui sumber-sumbernya dengan menetapkan fadhilat-fahilatnya tanpa berpandukan nas yg haq. Dan jauhilah berdoa dan berzikir dengan kaedah-kaedah yang tidak pernah diajarkan oleh Nabi kita dan tidak juga terdapat petunjuknya daripada al-Qur’an... Sebagai contoh, ada sebahagian kelompok manusia yang berzikir dan berdoa dengan cara menggeleng-geleng kepala, sambil menari, dengan iringan muzik-muzik tertentu, dengan rentak-rentak melodi suara tertentu, dengan menyertakan pujian kepada sheikh-sheikh tertentu (mencampurkan syirik), dan dengan suara yang lantang. Yang mana, sebenarnya semua kaedah seperti itu tidak ada petunjuknya daripada al-Qur’an mahupun Sunnah Rasulullah صلى الله عله وسلام.

Lakukan dengan ilmu (faham apa yang diamalkan):


وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولا
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya. (al-Isra’ 17: 36)

Lakukan selaras dengan sunnah:


قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Ali Imran 3: 31)

Tidak disertakan dengan syirik:


إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ (٢)أَلا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ

Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (Wahai Muhammad) Dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah Engkau menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Segala Ibadat dan bawaanmu kepadaNya. Ingatlah! (hak Yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah Segala Ibadat dan bawaan Yang suci bersih (dari Segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik Yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi Pelindung dan Penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan Kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang Yang tidak melakukan syirik) tentang apa Yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang Yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (az-Zumar 39: 2-3)


فَلا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ فَتَكُونَ مِنَ الْمُعَذَّبِينَ

“...janganlah engkau menyeru Tuhan (sembahan) yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa. (as-Syu’ara 26: 213)

Berzikir & Berdoa Dengan Merendah Diri Serta Dengan Suara Yang Perlahan:


وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ (٢٠٥)إِنَّ الَّذِينَ عِنْدَ رَبِّكَ لا يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِهِ وَيُسَبِّحُونَهُ وَلَهُ يَسْجُدُونَ

Dan berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahNya), dan dengan tidak pula mengeraskan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. Sesungguhnya mereka (malaikat) Yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya, dan mereka pula bertasbih bagiNya, dan kepadaNyalah jua mereka sujud. (al-A’raaf 7: 205-206)


ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Berdoalah kepada Tuhan kamudengan merendah diri dan dengan suara yang lembut. (al-A’raaf 7: 55)

Al-Imam an-Nawawi berkata dalam hal ini: “Tidaklah ada khilaf (perselisihan pendapat) tentang kesunnatan adanya zikir sesudah solat, bagi imam, bagi makmum, dan bagi yang bersolat bersendirian. Masing-masing berzikir sendiri-sendiri. Adat yang diadakan manusia, iaitu imam menentukan doa buat solat subuh dan asar, tiada berasal sama sekali. Berjabat tangan sesudah solat subuh dan asar adalah suatu bid’ah” (al-Majmu’ 3: 484, 492)

al-Imam Ibnul Qayyim pula berkata: “Imam berdoa sesudah salam daripada solat sambil menghadap qiblat, atau menghadap makmum tidak pernah dikerjakan Nabi, yang senantiasa bertindak sebagai imam, dan tidak ada pula riwayat yang menyuruh kita mengerjakan yang sedemikian itu.” (Zadul Ma’ad 1: 93)

Zikir Selepas Solat Fardhu

Menurut al-Imam as-Syafi’e: "Saya memandang baik bagi imam dan ma’mum terhadap berzikir kepada Allah sesudah selesai dari solat. Keduanya (imam dan ma’mum) itu menyembunyikan (memperlahankan/israr) zikir kecuali bahawa dia itu imam yang harus orang belajar daripadanya. Maka ia mengeraskan (memperdengarkan) suaranya, sehingga mana ia melihat bahawa orang telah mempelajari daripadanya. Kemudian hendaklah ia mengecilkan (memperlahankan/sirr) suaranya.” (Rujuk: al-Umm, Oleh al-Imam asy-Syafie r.h., Terjemahan Oleh Prof. TK. H. Ismail Yakub, Terbitan Victory Agencie, jilid 1, ms. 296)

Untuk lebih lanjut, anda boleh dapatkan info yang seterusnya di dalam risalah doa yang saya maksudkan dengan memindah-turun risalah doa tersebut di beberapa link (pautan) yang disediakan di bawah:

1.Download - Hisnul Muslim, Doa-doa daripada hadis.
2.Download - Doa-doadaripada Al-Quran.
3.Download - Doa dan Zikir Nabawi.
4.Download - Zikir-zikir selepas solat fardu.





Renung-renungkanlah nasihat Mufti Perlis.

Islamik Web Direktori