Insaflah wahai Insan!

Monday, May 12, 2008

Bloggers Tsunami Politik.

Setelah sekian lama Malaysia di perintah oleh sebuah kerajaan yang berpaksikan SEKULARISM. Akhir-akhir ini telah melanda satu senario media yang berbeza, dimana telah membawa satu perubahan pemikiran dan perkongsian maklumat yang begitu drastik didalam politik negara.

Tidak dapat disangkal, kemajuan ICT telah membuka jalan dan peluang yang besar kepada bloggers untuk membuka ruang maklumat yang bebas dan terbuka, dimana dapat ditatapi oleh seluruh masyarakt dunia dalam sekelip mata. Inilah maklumat tanpa batasan yang dapat dibaca oleh semua pencinta teknologi maklumat.

Kerajaan telah menggunakan segala kekuatan media arus perdana untuk menyebarkan maklumat serta dakyah politik mereka, tanpa mengira kebenaran atau keadilan dalam menyampaikan maklumat. Apabila tiada kredibiliti didalam maklumat yang disampaikan, maka rakyat/maysarakat telah mencari alternatif lain untuk mendapatkan sumber berita dan maklumat, iaitu ICT.

Baru-baru ini rakyat Malaysia telah digemparkan dengan penangkapan seorang blogger terkenal yang begitu mendapat tempat dihati masyarakat bloggers. Beliau telah didakwa atas Akta Hasutan, akibat dari artikel yang beliau tulis dididalam blog MT. Adakah dunia maklumat ICT ini telah sampai kesatu titik noktah kebebebasan?

Bloggers juga telah memberi impak politik yang begitu besar didalam memberi maklumat yang berbeza dari arus perdana media yang dikuasai kerajaan. Walaupum kesahihan maklumat itu tidak dapat dipastikan, tapi ianya tetap memberi impak dalam mengimbangi maklumat yang ada. Masyarakat telah mendapat saluran maklumat alternatif dalam mengetahui sesuatu isu.

Setelah hampir 51 tahun Kerajaan Barisan Nasional memerintah Malaysia, tetapi pada piliharaya 08 March 2008 telah berubah senario politik dimana pihak pepmbangkang telah mendapat keputusan yang cemerlang memenangi 4 buah negeri Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Kelantan yang menjadi negeri kubu kuat pihak pembangkang telah berjaya dipertahankan didalam pilihanraya tersebut. Semuanya ini adalah kerana sumber maklumat alternatif yang telah mengubah persepsi maysarakat dalam mengetahui isu yang sebenar.

No comments:

Renung-renungkanlah nasihat Mufti Perlis.

Islamik Web Direktori