Insaflah wahai Insan!

Sunday, August 3, 2008

PERTANYAAN KEPADA MEREKA YANG MEMPUNYAI SALAH FAHAM TENTANG BID'AH

Assalamualaikum ahkamerz, kami sajikan pada anda jawapan lengkap terhadap artikel yang ditulis oleh ustaz UIA Kuantan tersebut. Terima kasih kepada sesiapa yang menyumbang kepada artikel jawapan ini. Moga Allah memberikan ganjaranNYA pada anda.Berikut ialah artikel ustaz tersebut;-

Bid’ah menurut jumhur fuqaha’ dari kalangan ahlusunnah wal jamaa’h ditakrifkan sebagai mencipta(mengada ka-adakan atau mereka-reka) sesuatu( amalan syar’i) yang sama sekali tidak ada contohnya pada zaman Rasulullah atau tiada dalilnya dari syara’’’. Bid’ah yg tidak dibenarkan di sisi Islam adalah bid’ah yg berkaitan dgn masalah syar’i dan bukan duniawi.

PERSOALAN:…membaca al-qur’an adalah syar’i…(bukan membukukan…membaca dan membuku adalah satu perkara yg berlainan). Adakah kita sekarang ini membaca bertepatan dengan rasulullah baca? dari segi tajwid dan makhraj hurufnya…apatah lagi yang kena masuk tq 1000 mahupun 2000…sudah semestinya tidak tepat….

PERSOALAN…adakah rasulullah menggunakan mushaf untuk membaca al-quran?…setahu saya baginda menghafal kesemuanya dan tidak pernah menggunakan mushaf kerana pada masa itu mushaf tidak ada lagi…bagi saya dalil yang mengatakan baginda suruh baca quran tgk mushaf..

Kalau adepun pada masa sahabat di zaman usman…tp mushaf takde baris dan titik…dan jumhur ulama’ termasuk ibnu taimiyah melarang sekerasnya meletakkan titik ke dalam mushaf…tetapi kenapa kite pakai mushaf yang bertitik dan berbaris sekarang ini? Bagi saya dalil bahawa baginda suruh bubuh baris dan titik dalam mushaf

PERSOALAN..rasulullah membaca dgn 7 huruf…(ape die 7 huruf..kalau tak paham..gi ngaji byk lagi..jgn nak membid’ah sana dan sini..) Sedangkan kita sekarang ini membaca dgn riwayat hafs b. sulaiman al-kufi (sape plak ni..kalau tak paham jugak..lu pk lah sendiri)yg sudah pastinya baginda tak membaca sebigini sahaja….imam ini tak lahir lagi di zaman baginda…seumpama baginda tak mungkin bermazhab syafie, hambali, maliki mahupun hanafi sbb ke empat2 imam muktabar ini tak lahir lagi zaman baginda….

Bagi saya dalil yg mengatakan baginda suruh baca mengikut riwayat imam ini…

So..kenapa kita membaca al-quran tidak seperti rasulullah…termasuklah hok ngaku salafi…konon-konon mengikut semua skali yg nabi buat…kekadang baca quran pun tak berapa betul…TPT dapat 1000…lidah keras dan liat nak menyebut kalimah ALLAH..tapi menyebut bid’ah..masyaallah..

Berikut ialah respons dari pelajar2 UIA Kuantan yang dibantu ahkamerz:

JAWAPAN KEPADA MEREKA YANG MEMPUNYAI SALAH FAHAM TENTANG BID’AH

Apabila membaca tulisan “Pertanyaan kepada mereka yang mempunyai salah faham tentang bid’ah”. Saya yang da’if merasa terpanggil untuk menjawab artikel tersebut. Tujuan jawapan ini ditulis bukanlah untuk merendah2kan sesiapa atau bersikap biadap. Tapi, sekadar untuk menjelaskan kekeliruan dan keraguan tentang qur’an.

Mungkin penulis artikel tersebut tersilap memahami isu bacaan al-quran, mungkin beliau berniat baik, mungkin beliau ingin menentang aliran ekstrem salafi atau mungkin beliau ingin nyatakan mencegah bid’ah bukanlah priority.

Apapun kemungkinan, saya bersangka baik dengan beliau dan tidak menyalahkan beliau secara total. Memang wujud aliran salafi ekstrem yang taksub dengan syeikh Albani rahimahullah dan juga pada Dr Asri. Namun, manhaj salaf sendiri merupakan manhaj yang mulia. Ia bukan milik kedua tokoh tersebut namun ia milik Allah dan rasulNya. Kita menolak semua jenis ekstrem samada dia salafi, ikhwan muslimin, tariqat dan sebagainya.

Apa yang lebih menakutkan, artikel tersebut mengundangkan beberapa persoalan yang membahayakan iman kita. Contohnya, ada yang mungkin anggap al-quran yang kita baca kini, tak sama dengan apa yang Rasulullah s.a.w baca. Ini akan menimbulkan keraguan terhadap sumber Islam dan boleh membuka kepada kritikan non-Muslim terhadap kitab Allah s.a.w. Saya sedar, penulis artikel tersebut tidak berniat demikian. Apapun, kebenaran lebih saya sayang dari niat penulis artikel tersebut.

InsyaAllah, kita mulakan jawapan terhadap persoalan yang dikemukakan.

KENYATAAN: Bid’ah menurut jumhur fuqaha’ dari kalangan ahlusunnah wal jamaa’h ditakrifkan sebagai mencipta(mengada ka-adakan atau mereka-reka) sesuatu( amalan syar’i) yang sama sekali tidak ada contohnya pada zaman Rasulullah atau tiada dalilnya dari syara’’’. Bid’ah yg tidak dibenarkan di sisi Islam adalah bid’ah yg berkaitan dgn masalah syar’i dan bukan duniawi.

ULASAN: Kenyataan di atas benar cuma perlu diperincikan . Sesetengah ulama’ membahagikan bid’ah kepada hasanah dan dalalah seperti As-Syafie, Izz Abdul Salam, An-Nawawi dan lain2. Namun, mereka bersepakat bahawa tiada bid’ah hasanah dalam ibadah khusus. Ini kerana pemilik syariat hanyalah Allah dan Rasulnya(42:21) dan Islam telah lengkap(5:3). Adapun ibadah2 umum seperti membina sekolah, mengajar ilmu2 quran dengan multimedia dan sebagainya. Ia termasuk ibadah umum dan bukannya bid’ah dhalalah. Untuk ta’rif bid’ah yang tepat, sila rujuk Mauqif ahl As-Sunnah wa al-Jama’ah min Ahl al-Ahwa wa al-Bida’(jilid 1, ms 90-92) karangan Dr Ibrahim ‘Amir ar-ruhaili. Beliau mengumpulkan semua ta’rif bid’ah dan menyatakan ta’rif Imam As-Syatibi terbaik dalam bab ini

SOALAN:…membaca al-qur’an adalah syar’i…(bukan membukukan…membaca dan membuku adalah satu perkara yg berlainan). Adakah kita sekarang ini membaca bertepatan dengan rasulullah baca? dari segi tajwid dan makhraj hurufnya…apatah lagi yang kena masuk tq 1000 mahupun 2000…sudah semestinya tidak tepat….

JAWAPAN: Sudah menjadi satu hujah yang jelas untuk diketahui bahawa bacaan al-Quran yang kita baca pada hari ini memang berasal dari sunnah. Selagi mana ia bertepatan dengan qiraat yang ma’thur dan bukannya qiraat yang batil maka ia diterima. Untuk mengatakan ia bukan dari Rasullulah s.a,w perlulah dibuktikan. InsyaAllah dalam jawapan seterusnya akan diperincikan.

Hukum tajwid dan makhraj huruf diperlukan untuk membantu bacaan seperti mana ilmu2 yang lain yang diperlukan untuk memahami sesuatu ilmu. Contohnya, ilmu usul-fiqh diperlukan untuk memahami bagaimana mengistinbat hukum dari quran dan sunnah. Jadi apalah salahnya menghadiri kelas tq1000 dan 2000 untuk mempelajari ilmu tajwid. Ia bukanlah bid’ah dhalalah. Ia tidak termasuk sebagai ibadah itu sendiri tapi sekadar membantu kita bagaimana membaca al-quran.

PERSOALAN…adakah rasulullah menggunakan mushaf untuk membaca al-quran?…setahu saya baginda menghafal kesemuanya dan tidak pernah menggunakan mushaf kerana pada masa itu mushaf tidak ada lagi…bagi saya dalil yang mengatakan baginda suruh baca quran tgk mushaf..

Kalau adepun pada masa sahabat di zaman usman…tp mushaf takde baris dan titik…dan jumhur ulama’ termasuk ibnu taimiyah melarang sekerasnya meletakkan titik ke dalam mushaf…tetapi kenapa kite pakai mushaf yang bertitik dan berbaris sekarang ini? Bagi saya dalil bahawa baginda suruh bubuh baris dan titik dalam mushaf…

JAWAPAN: Sesiapa yang mempelajari ilmu hadith sudah tentu mengetahui bahawa takrif sunnah ialah ‘apa yang disandarkan kepada Rasullulah s.a.w dari sudut perkataan, perbuatan dan pengakuan baginda’(sila rujuk mana2 kitab mustalah al-hadith). Jadi, walaupun baginda tidak membaca melalui mushaf, baginda mengakui tindakan sahabat yang membaca dengan mushaf. Terlalu banyak athar yang menunjukkan sahabat membaca al-quran dengan mushaf, antaranya ialah,

(1 a) Dari 'Ikrimah dia berkata : Aku masuk kepada Ibn 'Abbas r.a dan ketika itu dia sedang membaca al-Quran dari mushaf, sebelum dia hilang penglihatannya dan dia sedang menangis. Aku berkata : Apakah yang membuatkan engkau menangis... (Diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak. Beliau berkata : Sanad hadis ini sahih dan dipersetujui oleh al-Zahabi, 2/532)

(Db)Dari Ummu Salamah al-Azdiyah r.a dia berkata : Aku melihat 'Aisyah membaca al-Quran dari mushaf dan jika dia melalui ayat sajdah maka dia akan sujud. (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, 2/326)

(3 c) Hamba Aisyah r.a, Zakuan mengimamkannya dalam solat dan membaca al-Quran dari mushaf dalam solat. ( Diriwayatkan al-Bukhari dalam Sahihnya, 1/245)

(4 d) Pengislaman Umar r.a setelah membaca mushaf Al-Quran yang ada pada tangan adik perempuannya.

Cukuplah dalil di atas menunjukkan Rasullulah s.a.w membenarkan sahabat membaca al-Quran dari mushafnya. Ini bukanlah bid’ah tapi sunnah. Walaupun sahabat buat perkara yang tidak dilakukan Rasullullah s.a.w, Rasullulah s.a.w menjustifikasikannya sekaligus menjadikan ia sunnah. Berbeza dengan zaman kita, bila mana amalan2 ibadah khusus baru direka maka tiada siapa yang dapat menjustifikasikannya sebagai sunnah. Tambahan, banyak dalil menunjukkan sahabat buat benda yang Rasulullah s.a.w tak buat tapi dijustikasikan oleh baginda. Contoh paling mudah, Khalid r.a makan biawak dabh namun baginda tidak mengharamkannya walaupun baginda sendiri tidak memakannya.

Tambahan, Rasullulah s.a.w sendiri tidak membaca dengan mushaf kerana Allah mentaqdirkan baginda sebagai ummi. Ini untuk menutup mulut2 pengkritik Islam agar mereka tahu bahawa al-Quran tidak ditulis oleh baginda.

Satu lagi hujah yang jelas, antara faedah Rasullulah s.a.w menyuruh sahabat menulis al-Quran sudah tentu untuk membacanya. Bahkan sebuah hadith sahih menyebutkan pembaca al-Quran akan mendapat syafaat dari apa yang dibacanya di hari akhirat nanti.

Isu baris dan titik perlulah diketahui dengan jelas. Ia termasuk dalam masalih al-mursalah. Masalih mursalah ialah tambahan dalam agama yang tidak bertujuan untuk beribadat dengannya(boleh diertikan sebagai bid’ah hasanah). Bid’ah pulak tambahan dalam agama dengan bertujuan berlebih2an dalam ibadah. Setengah pendapat mengatakan penambahan berlaku pada zaman Ali r.a dimana beliau memerintahkan abu aswad ad-duali(69H),Nasr Ibn Ashim(89H) dan Yahya Ibn Ya’mur(129H) untuk meletakkan baris dan titik. Ini untuk memudahkan pembacaan al-Quran. Ia tidakpun menambah jumlah surah ataupun kandungan al-Quran.

Penambahan baris dan titik bukanlah bid’ah kerana tujuannya ialah membantu umat Islam untuk membaca al-Quran. Kalau seorang yang mampu membaca al-Quran dengan betul, tanpa memerlukan titik dan baris maka tak salah dia baca al-Quran yang asli seperti yang terdapat di muzium Topkapi.

Seperkara lagi, agak diragukan bagaimana ulama2 hebat seperti Syaikhul al-Islam Ibn Taimiyah dan lain2 ulama2 melarang keras sedangkan ada pendapat yang mengatakan ia berlaku pada zaman sahabat lagi. Lagipun, sejak zaman sahabat lagi, Islam berkembang luas ke pelusuk dunia dan bertambah ramai orang bukan arab yang memeluk Islam. Sudah tentu banyak Muslim ketika itu tidak menguasai bahasa arab dengan baik. Bagaimana mereka nak baca al-Quran dengan tanpa baris?

Kita sedia tahu terlalu banyak fitnah dikenakan terhadap Ibn Taimiyah r.a. Maka kita menuntut dalil untuk menjustifikasikan hujah di atas. Kesimpulan hujah di atas, penambahan titik dan baris bukanlah suatu ibadah khusus. Jika ia bukan ibadah khusus maka ia tidak perlu dalil untuk mensyariatkannya.



PERSOALAN..rasulullah membaca dgn 7 huruf…(ape die 7 huruf..kalau tak paham..gi ngaji byk lagi..jgn nak membid’ah sana dan sini..) Sedangkan kita sekarang ini membaca dgn riwayat hafs b. sulaiman al-kufi (sape plak ni..kalau tak paham jugak..lu pk lah sendiri)yg sudah pastinya baginda tak membaca sebigini sahaja….imam ini tak lahir lagi di zaman baginda…seumpama baginda tak mungkin bermazhab syafie, hambali, maliki mahupun hanafi sbb ke empat2 imam muktabar ini tak lahir lagi zaman baginda….

Bagi saya dalil yg mengatakan baginda suruh baca mengikut riwayat imam ini…

So..kenapa kita membaca al-quran tidak seperti rasulullah…termasuklah hok ngaku salafi…konon-konon mengikut semua skali yg nabi buat…kekadang baca quran pun tak berapa betul…TPT dapat 1000…lidah keras dan liat nak menyebut kalimah ALLAH..tapi menyebut bid’ah..masyaallah..

JAWAPAN: Memang benar telah tsabit dari hadith yang sahih bahawa Rasullulah s.a.w membaca al-Quran dengan tujuh huruf. Ini memudahkan pelbagai suku-suku arab menyebut sebutan al-Quran mengikut lahjah mereka. Namun, sebutan al-Quran yang berbeza ini bersumberkan dari Rasullulah s.a.w. Terdapat beberapa qiraat yang mashyur seperti hafs, wash, warsh and sebagainya Antara riwayat yang sahih ialah riwayat Hafs bin Sulaiman al-Kufi. Beliau merupakan imam qiraat yang mashyur. Qiraat beliau juga dikenali sebagai qiraat al-‘ammah.

Qiraat Hafs menjadi yang mashyur sehingga digunakan di banyak negara Islam. Imam Hafs itu sendiri merupakan antara jaguh dalam ilmu qiraat maka sebab itulah qiraat beliau menjadi pilihan. Bahkan beliau menukilkan qiraat yang banyak diguna pakai sahabat. Namun, kita setuju bukan sesuatu wajib untuk mengatakan hanya qiraat beliau yang diterima. Sesiapa yang mampu membaca lebih satu qiraat maka ia digalakkan. Ia bukan bid’ah. Namun, bagi sesiapa yang tidak mampu menguasai banyak qiraat maka cukuplah dengan satu qiraat.

Dalilnya ialah hadith yang diriwayatkan oleh Umar ibn Khattab r.a,

“Aku mendengar Hisyam bin Hakim bin Hizam membaca surat Al-Furqan tidak seperti yang aku baca dan yang Rasulullah saw. ajarkan kepadaku. Hampir saja aku menyalahkannya ketika ia sedang membaca, tetapi aku biarkan saja sampai ia selesai. Setelah selesai, aku pegang dengan kuat serban yang berada di lehernya dan aku bawa ia menghadap Rasulullah saw. Aku berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mendengar orang ini membaca surat Al-Furqan tidak seperti yang baginda ajarkan kepadaku. Rasulullah saw. bersabda: Suruh ia untuk membacanya. Ia (Hisyam) pun membaca bacaan yang sebelumnya aku dengar sebelumnya. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Seperti itulah surat itu diturunkan. Kemudian beliau menyuruhku: Bacalah. Aku pun membacanya. Lalu beliau bersabda: Demikianlah surat itu diturunkan. Sesungguhnya Alquran itu diturunkan atas tujuh dialek. Maka bacalah dengan bacaan yang mudah di antaranya”.(riwayat Malik dalam al-Muwatta’)

Jelas dari dalil diatas, kita boleh mengikut mana2 bacaan al-Quran yang mudah bagi kita. Di Malaysia, bacaan imam al-Hafs merupakan yang mudah. Maka, mengikutinya bukanlah bid’ah.

Untuk mengatakan bacaan Imam Hafs tidak seperti bacaan Rasulullah s.a.w sama sekali tidak tepat. Berikut dikemukakan sanad imam Hafs Qiraat .

Imam Hafs bin Sulaiman al-Kufi bersumberkan dari Rasullullah s.a.w. Beliau mengambil bacaannya dari A’sim bin Abi An-Najud al-Kufi At-Tabi’e yang mengambil bacaannya dari Abi Abdurrahman Abdullah As-sulami yang mengambil bacaannya dari Uthman bin Affan r.a, Ali r.a, Zaid r.a, Ubai r.a yang mengambil bacaan mereka dari Rasullulah s.aw(Rujuk muka surat belakang al-Quran).

Sudah jelas bahawa qiraat Hafs bersumberkan dari Rasullulah s.a.w. Sepakat ulama mufassirin dan qiraat. Sayangnya, penulis artikel tersilap memahami isu ini. Moga Allah memberikan hidayah padanya.

Memang imam Hafs tidak lahir pada zaman Baginda. Namun beliau telah mengemukakan sanad yang sahih untuk membuktikan qiraatnya. Ia telah disepakati oleh jumhur ulama mufassirin dan imam mazhab. Itulah peranan ulama untuk menjelaskan tentang Islam. Seseorang yang berbakti pada Islam, tidak semestinya hanya perlu hidup zaman Rasullulah. Cukuplah bagi dia untuk membuktikan ajarannya bersumberkan dari baginda.

Begitu juga peranan imam2 mazhab sebagai penyuluh kepada Islam. Pegangan mereka sama dengan kita iaitu al-Quran dan As-sunnah.Mereka tidak perlu hidup zaman Rasullulah s.a.w untuk membuktikan kebenaran mazhab mereka. Ini kerana mereka telah mengemukakan hujah agama dalam kitab2 mereka dalam bentuk dalil. Maka kita mengikuti mereka selagi mana pendapat mereka tidak bercanggah dengan al-quran dan as-sunnah.Contohnya, Malaysia mengikut mazhab As-Syafie. Kita berpegang padanya selagi mana pendapat Imam Syafie dan jumhur syafieyah tidak bercanggah dengan dalil sahih. Dalam erti lain, kita menolak ekstrem mazhab.

Sepatutnya kita menyokong usaha muslim yang ingin memperbaiki bacaan mereka bukan mengherdik mereka. Ia lebih baik dari mereka yang tidak tahu langsung tentang quran dan tak ingin membacanya.

Kesimpulan jawapan diatas ialah:

1) Bersetuju dengan ta’rifan bid’ah yang dikemukan penulis artikel tersebut tapi perlulah dijelaskan dengan lebih jelas

2) Hukum tajwid dan makhraj ialah wasilah kepada bacaan al-Quran yang tepat. Ia bukan bid’ah dhalalah

3) Ta’rifan sunnah meliputi pengakuan baginda Rasullulah .s.aw. Perbuatan membaca al-Quran dari mushaf bukanlah bid’ah sebab Rasulullah s.a.w sendiri menyuruh sahabat menulis al-Quran dan membenarkan mereka membaca daripadanya

4) Baris dan titik bukanlah bid’ah tetapi ia masalih mursalah dimana penggunaanya diperlukan oleh umat Islam bagi membaca al-Quran. Ia wujud sejak zaman sahabat

5) Membaca dan mengkhususkan diri dengan hanya satu qiraat bukanlah suatu yang bid’ah selagi mana kita tidak beranggapan ia wajib. Bacalah apa yang mudah bagi kita.

6) Al-quran yang kita baca hari ini, memang berasal dari Baginda Rasullulah s.a.w

Penulis artikel ““Pertanyaan kepada mereka yang mempunyai salah faham tentang bid’ah” yang dikasihi, bertaubatlah pada Allah atas kesilapan yang anda lakukan. Sekiranya anda ikhlas, janganlah dicabut artikel ini dari tempatnya. Kalau ingin dicabut, maka cabutlah artikel anda dahulu. Kebenaran memang pahit ditelan. Apapun, ia lebih baik dari meletakkan tuduhan al-Quran yang dibaca kini tidak sama dengan bacaan Baginda s.a.w.

Sekiranya anda ingin menjawab balas artikel ini, maka diharapkan anda:

1) Buktikan qiraat yang kita baca hari ini tidak sama dengan apa yang di ajar oleh baginda kepada sahabat. Pembuktian mestilah ilmiah dan bukan emosi

2) Sila bawakan dalil yang melarang penggunaan hanya qiraat Hafs. Saya dah buktikan kita boleh mengkhususkan diri hanya untuk membaca qiraat Hafs sekiranya itu bacaan yang mudah bagi kita. Saya juga tidak menolak sesiapa yang mampu membaca lebih dari satu qiraat

3) Buktikan pernyataan jumhur ulama yang mengharamkan penggunaan baris dan titik. Sekadar pengetahuan saya, hanya Ibn Umar yang tidak berkenan dengan penambahan titik. Disebutkan di Wikipedia, penduduk Madinah telahpun menggunakan titik merah untuk tanwin, tashdid, takhfif, sukun, wasl dan madd. Mereka juga menggunakan titik kuning untuk hamzah.

Sekiranya hujah2 di atas dapat dijawab dengan ilmiah dan jelas, maka insyaAllah saya boleh menerima bacaan al-Quran yang kita baca hari ini bid’ah. Dalam erti kata lain, tak sama dengan bacaan Rasullulah s.a.w dan para sahabat.

Sekiranya juga penulis artikel tersebut ingin menjawab artikel ini. Ia mungkin tidak lari daripada;

1) Menjawab dengan penuh emosi dan benci

2) Mewujudkan fault finding atau menuduh saya tidak ilmiah( saya memang menulis artikel ini secara ringkas bagi memudahkan pembacaan).

3) Menuduh saya salafi ekstrem atau pengikut Syeikh Albani ataupun Dr Asri.

4) Bersikap biadap kerana tidak berjumpa dahulu dengan penulis artikel tersebut untuk berbincang.

Jika penulis artikel tersebut tidak menjawab artikel ini, dan menerima hujah2 kebenaran yang dikemukakan. Saya pohon agar Allah mengampunkan kesalahan saya dan dia. Saya mengambil keputusan untuk menjawab artikel ini dan tidak untuk berjumpa dengan dia kerana

1) Dikhuatiri perbincangan diakhiri dengan debat yang tidak menguntungkan kedua2 pihak

2) Untuk mengelakkan permusuhan dan perbalahan

3) Saya diberitahu penulis artikel tersebut sangat memusuhi aliran salafi. Maka dikhuatiri ada ‘mental block’ sebelum berlaku perbincangan islami.

4) Mungkin ramai insan yang terpengaruh dengan tulisan tersebut. Maka jawapan ini bukanlah untuk penulis artikel tersebut sahaja, tapi untuk semua pembaca.

Akhir kalam, saya pohon kemaafan kepada penulis tersebut sekiranya tulisan ini mengguris hati beliau. Selaku ustaz yang mengajar tilawah, tak mustahil untuk beliau terkeliru atau tersilap. Kita insan yang lemah. Memang sentiasa melakukan kesilapan. Apapun taubatlah ubat bagi kesilapan. Saya sangat yakin penulis artikel tersebut bukanlah seorang yang ego untuk menerima kebenaran.

Kita sedar manhaj salaf yang melanda negara membawa impak yang baik. Kita mungkin tidak bersetuju dengannya. Ini bukanlah masa untuk membincangkan pro and kontra manhaj salaf. Tapi, janganlah kebencian kita kepada sesuatu yang kita tidak jelas padanya menyebabkan kita jatuh dalam dosa.

Moga2 artikel jawapan ini membersihkan salah faham terhadap al-Quran. Diharapkan ia tidak akan dialihkan pada tempatnya. Jika dialihkan, moga2 artikel penulis tersebut juga dialihkan. Jika tidak, saya serahkan kepada Allah s.w.t. Allah maha Adil, Dia akan menghukum seorang berdasarkan perbuatannya. Kita akan berjumpa dengan Allah s.w.t, pada masa itu dan jalan al-Quran dan As-Sunnah dengan tafsiran para sahabat nabi lah yang akan jadi hujah. Wassalam

Tambahan: Artikel ini telah ditampal bersebelahan dengan artikel tersebut.

No comments:

Renung-renungkanlah nasihat Mufti Perlis.

Islamik Web Direktori